Monday, 10 October 2011

Pembelajaran Kelas Pertama

Assalamualaikum W.B.T


Komputer dalam pendidikan adalah satu subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar fakulti pendidikan.Hal ini kerana corak pendidikan kini telah cenderung kepada penggunaan ICT  dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu para guru perlu dilengkapi dengan ilmu berkaitan ICT.

Kelas Pertama

Pada kelas pertama ini saya telah belajar banyak perkara tentang komputer dalam pendidikan.Saya telah belajar membuat google account dan yahoo account.Kedua-dua account rasmi ini adalah untuk digunakan dalam penghantaran dan penerimaan e-mail terutamanya daripada penyelaras program dan course coordinator.


Cara pendaftaran google dan yahoo account.

Untuk mendaftar google account, pelajar perlu membuka laman sesawang google dan klik pada 'Gmail'. Selepas itu pelajar perlu klik pada 'create an account' bagi memulakan proses pendaftaran dan mengikut semua arahan yang tertera serta mengisi maklumat diri pelajar. Manakala bagi mendaftar yahoo account pula, pelajar perlu membuka laman sesawang yahoo terlebih dahulu. Selepas itu pelajar hendaklah klik pada 'Sign Up' dan mengikuti arahan selanjutnya serta mengisi maklumat diri pelajar. Cara pendaftaran untuk kedua-dua account adalah sama.Seterusnya pelajar perlu membuat signature yang lengkap tentang maklumat diri bagi kedua-dua account tersebut.
Selepas selesai mendaftar account tersebut pelajar perlu menghantar alamat e-mail  kepada Course Coordinator Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan penyelaras kami Pn. Norsakinah Mohamad.

Membuka Account Facebook .

Saya juga telah mempelajari cara membuka account facebook yang rasmi.Saya telah menggunakan google  account bagi mendaftar facebook account. Untuk mendaftar facebook account, saya hanya perlu mengisi maklumat diri seperti nama penuh, tarikh lahir, alamat e-mail dan kata laluan yang dikehendaki. Kemudian saya  perlu klik pada 'Sign Up' bagi mendaftar seterusnya mengaktifkan facebook account. Setelah itu,saya perlu menambah kawan-kawan sebagai rakan facebook terutama sekali Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin yang merupakan Course Coordinator dan Pn. Norsakinah sebagai penyelaras program.


Membuat Facebook Group

 Dengan menggunakan facebook account yang sedia ada,saya telah membuat facebook group sendiri. Saya menggunakan nombor matrik dan kumpulan s1k1 sebagai nama facebook group tersebut. Kemudian saya perlulah mengajak course coordinator, course lecturer, dan rakan-rakan untuk menyertai facebook group tersebut.


Sertai and Bina Yahoo Group Sendiri

Selepas itu saya telah menyertai yahoo group http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/ bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada semua pelajar. Untuk menyertai group tersebut, saya perlu memasuki laman sesawang yahoo dan klik pada menu 'yahoo group'. Selepas itu, saya perlu membuat 'yahoo group' sendiri dan seterusnya 'invite' course coordinator, penyelaras program dan rakan-rakan lain ke dalam group tersebut. Hal ini bertujuan untuk kemudahan pelajar bagi menyediakan 'web portfolio' untuk tugasan akan datang.


Pendaftaran Blog
Blog dibuat dengan menggunakan google account yang sedia ada.Saya perlu membuka google account terlebih dahulu sebelum mendaftar blog. Ini merupakan kali pertama saya mencipta blog sendiri. Blog ini bertujuan untuk pelajar berkongsi pengalaman dan pembelajaran mereka semasa dalam kelas komputer. Blog ini juga digunakan untuk menyimpan maklumat pembelajaran dari semasa ke semasa.Pendaftaran blog baru hampir sama dengan cara pendaftaran google account.

No comments:

Post a Comment